Thursday, August 04, 2011
PUASA HARI KE 4
Suami masak nasi arab, ayam masak sekali dalam nasi, mula memasak kul 6.30 ptg, rasa macam tak sempat je nak makan untuk buka puasa. saya buat acar timun dan serunding ikan. hari ni tak sempat buat kuih, beli je kuih kasui dan ketayap.
alhamdullilah sempatlah juga makan nasi arab semasa berbuka puasa, nasi masak dalam pressure cooker kemudian telungkupkan kat dulang, makan semasa panas memanglah sedap. Hari ini adik kantoi tak berpuasa, mula-mula tak nak mengaku tapi bila dah ada bukti jumpa botol yakult kat bilik air, mengaku juga akhirnya.
sahur pagi hari pulak, abang ibal nak makan nasi goreng mata kerbau. dia nak sahur yang berat-berat je, dah 2 hari berturut-turut makan nasi goreng masa sahur.
kakak pulak bersahur dengan kentang goreng dan jejari ketam , sebab sebelum tidur kul 11.30 kakak dah makan maggi, lapar katanya tak boleh nak tidur.
ni hero mama bersahur dengan coco crunch, adik janji tak nak tipu lagi, nak puasa betul-betul katanya. abang imal pun makan coco crunch, dia bangun awal hari ni tak digerakkan seperti biasanya, makan sahur dan kemudian tidur semula. abah makan oat je. setiap malam sebelum tidur mama kena tanya menu sahur untuk setiap anak mengikut selera mereka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hawa...
aku terliur la dgn nasi arab tu..
bikin ngences la..
marilah zah berbuka kat bentong, nanti aku bikin kan kau nasi jawa ha ha ha
Post a Comment