Wednesday, August 03, 2011
CERITA DI HARI PERTAMA RAMADAN
hari pertama puasa, kami balik kampung, bersahur di rumah kakak ipar di lipat kajang, kemuadian petangnya berbuka puasa di rumah mak mertua di felda jenderak utara
juadah berbuka puasa hari pertama ikan talapia bakar, sayur keladi, telur masih, sambal tempoyak dan ulam-ulaman. dan tidak ketinggalan buah durian.
tahun ni adik mula berpuasa penuh, pukul 10 pagi dah menanggis nak makan, kami pujuk untuk terus berpuasa. kul dua dah mengadu tak tahan matilah saya macam ni, kami kata tak da orang puasa yang mati, tak tahan merengik je, saya bawa di berjalan-jalan. dapatlah juga berpuasa penuh hari tu.
selepas magrib kami bergegas pulang, nak mengejar sembayang tarawih di bentong, sampai dihadapan rumah mendapat panggilan telepon ayah man telah meninggal. semua kami tergamam, Masuk rumah sembayang isyak dan tukar baju kotor, kami bergegas ke GH, pukul 12 tengah malam kami mengiringi jenazah ayah man pulang ke rumahnya di Melaka.
Ayah man yang koma selama 1 bulan setengah menunggu hingga bulan ramadon pergi meninggalkan kami semua. Jasanya kepada kami tidak dapat dilupakan. Jika tidak, setiap ramadon dia akan membawa anak-anak ke Bazaar ramadon melayan kemahuan anak-anak saya.
Keluarga kami merasa kehilangannya. adik tidak mempercayai bahawa ayah sudah tiada lagi, kami minta ada memegang jenayah ayah supaya dia menerima kenyatan tersebut. Saya menyedari semua anak-anak mengalirkan airmata. tiada lagi ayah yang selalu melayan mereka seperti anaknya sendiri. semoga roh ayah man ditempat di kalangan orang-orang yang soleh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Al-Fatihah untuk yang pergi
Mesti anak-anak sedih kan..byk2 sabar ya..
anak-anak sedih,laki aku sedih, aku pun sedih juga Zah, dia jaga anak aku dari anak pertama hingga ke 4, bertahun dah.
Post a Comment