Wednesday, September 9, 2009

kakak dan game

Penyakit berjangkit dari abang iqmal ni, pantang ada masa terluang mesti akan dihabiskan dengan main game.

malam tadi dia terjumpa game yang mama sorokkan tu, hah apa lagi sangup tak tido lepas sahur pulun main game sambil temankan mama buang tahi ikan bilis. duduk kat meja makan, kul 6 pagi boleh tanya mama dah habis ke masa makan, nak makan lemping. pagi ni kami sahur lemping je. adik beradik yang ramai lelaki ni mempengaruhi juga kelakuannya. kelembutan tu kurang yang pasti cengengingnya melampau, selau di buli oleh abang-abang dan adiknya. ada masanya dia cakap kakak tak nak ada abang macam ni. nasiblah kak.
hanya masa-masa tertentu je nak memakai baju kurung, yang selebihnya seluar dan t-shirt. gambar ni diambik masa menunggu azan berbuka puasa di surau. mula dari darjah satu kakak ni dah puasa penuh.
penguni baru ni semalam dah buat hal, berak kat bilik abang iqbal. ni yang malas ni bela kucing. so mula malam ni kenalah tidur kat luar. nak buang dah manja dengan kami. abang iqmal namakannya Roger, tapi mama suka nama Rafael Nadal. abah pulak panggil Tompok, apa class...

Tuesday, September 8, 2009

penguni baru


pintu rumah dah tutup, semua ready nak tido, tetiba bunyi seperti ada ketukan di pintu, bila pintu rumah di buka rupa-rupanya ada seekor kucing, jinak kucing tu mungkin kucing orang tak tahu siapa punya tapi Adik dah mengaku kucing tu dia punya,disediakan lagi tempat tidur untuk kucing tu..

pagi bila kami bangun sahur, kucing tu pun datang kat kami, adik yang biasanya masih tidur tapi pagi tu dia bangun pukul 5:30 terus cari kucingnya.
kucing tu pulak elok je dengan adik, diarahkan duduk kucing tu ikut, macam paham-paham je. pandai pulak bermain, nak kena beli makanannya ni.Nampak gayanya kekallah kucing tu kat rumah kami.
jam 6 pagi adik dah mandi dan siap dengan pakaian tadikanya nak gi sekolah,siap paksa abah untuk hantar ke sekolah tadika pepagi tu nak bawa kucingnya sekali, yang bestnya abah sedang kelam kabut nak siapkan soalan peperiksaan. hari khamis bebudak nak periksa kertas soalan belum siap lagi. Cikgu-cikgu...

Thursday, September 3, 2009

Berbaloi-baloi

Sekarang saat yang amat mengembirakan saya adalah waktu mengampai baju. rasanya dekat setahun dah suami janji nak buat ampai baju, tak ada juga... suami kalau boleh semua benda nak buat sendiri. hujung mingu tu lepas pergi beli ikan kat pasar kami singahlah kat kedai perabut..alhamdullilah suami setuju beli ampaian baju, alasannya berbaloi beli , kalau buat sendiri modalnya lebih katanya, pulak dah.. dalam hati je berkata.

Selama ni sidai baju kat belakang rumah, pakai hanger, belakang rumah tu tempat anjing jiran berkejar-kejaran,hati ni ragu-ragu juga. la ni malam hari pun boleh sidai baju dan tak perlu pakai hanger lagi. memang berbaloi.

Monday, August 31, 2009

hari lahir kakak

hari lahir kakak tahun ni jatuh pada bulan puasa, sambut kat rumah je dengan kek dan juadah berbuka puasa yang sempoi. Mama masak lauk kegemaran kakak "asam pedas ikan pari-pari".



Adik masa ni buka kat rumah mak Normanya. terlepas nak tiup lilin kakak.

Wednesday, August 26, 2009

adik dan foto


Selalu handphone mama hilang adiklah yang ambik, snap gambar. antaranya bersama sepupunya Diya.

Baru-baru ni balik kampung johor, dalam kereta tangkap bosan sebab kakak dan abang2nya tido,dahlah tu tv kat kereta pulak rosak.

Kat mana-mana je nak ambik gambar perasan betul, sampaikan tengah melepas pun.....

birthday abang iqbal


Anak sulung mama ni dah 12 tahun umurnya, merayu-rayu minta dibuatkan birthday party dengan alasannya tahun depan dah sekolah menengah dah tak layak dah, untuk tidak menghampakannya adalah birthday party kecil-kecilan habis saja kenduri kat rumah hari tu.

Thursday, June 25, 2009

my trip kk-lbn

25 mei lepas my trip ke kota kinabalu and also labuan, sebenarnya buat kerja audit kononnya, tak sempat nak jalan sangat,

merju tanda Kota kinabalu

kat kota kinabalu tu duduk kat hotek Hyatt, bilik besar tapi duduk sorang. hotel tu tengah buat renovasion.

apa lagi kalau kat KK, tak lupa membeli koleksi mutiara dan cyrstal, bukan untuk diri sendiri je,kekawan dan adik beradik pun ada bahagiannya.

Pergi tu naik Boeing 777 wow besarnya ......kapal tu terbang ke Narita jepun,transit kat KK. balik pulak naik Air asia, MA dah tak da, fully book sebab 30 tu dah mula cuti sekolah.

kat labuan pulak duduk kat hotel tiara. Lagilah besar hotel ni katil king tu, tapi masu tu dah rasa homesick dah. Dah ingat suami dan anak-anak yang kena tinggal kat umah.

Tuesday, June 16, 2009

Cuti di De Rhu Beach Resort, Kuantan


hari sabtu tu sebenarnya gi tengok abang iqbal main hoki kat kuantan, konon-kononnya wakil Bentong.
dalam pada tengok hoki kakak sempat lagi makan nasi lemak. Adik pulak beria-ia kat padang nak main.

mama dan abah penonton setia

lepas tu bebudak pulak nak mandi pantai, so kami pun menginaplah kat De DRu Beach resort semalam. Bebudak terjun tiruk macamlah mandi kat sungai.

petang mandi pantailah kami,

CUTI-CUTI DI MEDAN

gi berdua je dengan suami dan rakan-rakan, anak anak tinggal kat kampung. Gi dengan airasia
dari LCCT dan kat Medan kami menaiki bas untuk gi melawat.




Pergi selama 2 hari, pelbagai pengalaman disimpan sebagi kenangan selama dua hari menjadi orang Medan, apa-apa pun bersyukurnya menjadi rakyat Malaysia
Di lapangan terbang medan sebelum pulang selepas menjadi jutawan.

Thursday, June 11, 2009

Kenduri seratus hari Bak

23 may yang lalu genap 100 hari permergian Bak, kami semua balik kampung, sya tak pergilah weeding Suzie, minta maaf suzie.
kami adik beradik bersama makcik2 bergotong royong memasak

manakala anak-anak dengan aksi-aksi mereka