Monday, February 23, 2009

Kembalinya Bak

Kembalinya Bak ke penciptanya pada 19/2/2009 jam 5:36petang di Hospital Batu pahat, Dalam sayu dan sedih kami redha.Keluarnya Jenazah dari Hospital diiriangi oleh hujan menambahkan kesayuan di hati ini. Kami anak-anaknya sepat melihatnya untuk kali yang terakhir, Bak mengembuskan nafas yang terakhirnya di hadapan anak bongsunya. Dalam Usia 83 tahun jasanya yang telah membesarkan kami seramai 9 orang tidak mampu untuk dibalas.

Jenazah Bak sampai ke rumah selepas magrib, ramai saudara mara datang menziarahi. Sepanjang malam kami bergiliran membaca al-quran hingga khatam.

Ramai sanak saudara, sahabat taulan, kenalan datang menziarahi. Tidak ketinggalan juga anak-anak murid Bak kebanyakan balik untuk menziarahinya. Walaupun hari itu hari berkerja, Satu ayat yang dituturkan oleh salah satu anak muridnya membuat saya terharu " Sebab Wak Ju aku pandai Mengaji". Jasa Bak mengajar mengaji anak-anak Kampung masih mereka ingati.

Keadaan di dalam rumah juga sesak dengan kaum muslimah.

Jenazah di bawa ke Surau di sebelah rumah Bak oleh cucu-cucu dan cucu menantunya untuk disembayang .

Dari Surau diusung oleh anaknya abang aying, menantunya Zamani, cucu-cucunya Hisyam ,Farid dan bergiliran mengusung jenazah Bak anaknya Harun,menantu yang lain Suami saya, abang Sauki, abang latif, abang kasim serta cucu-cucu faddil, faizal,acap,fiqry dan cucu-cucu menantu ,taufiq dan zaki, Yang lainnya mengiringnya termasuklah saya dan anak-anak saya, adik beradik saya serta anak-anak tirinya.

Bacan talkin oleh Anaknya yang sulung Abang Hamim di payungi oleh anak abang hamim merangkap cucu lelaki sulung. sayunya hati ini, juga mungkin hati anak-anak, anak-anak menantu,cucu-cucu, cucu-cucu menantu serta mereka-mereka yang rapat dengan Bak.

Anak-anak saya Iqbal dan Iqmal di kubur Bak setelah selesai. Tiada lagi panggilan "Bak..." dan "Atuk Jemaen". Hanya Allah yang tahu hati Saya saat ni.
AL-FATIHA

1 comment:

~dcharminglady~{@ said...

Yg hidup pasti akan 'kembali' kak..