Tahun ni Adik dah mula bersekolah tadika perpaduan, setiap kali ambik dari sekolah pasti ada aja aduan dari Cikgu tadika tentang perangainya yang tak makan saman tu macam alang rebus tak empuk seperti kata penulis novel noorsuraya. Dalam keemat-empat adik beradiknya Adik lah amat sukar untuk dikawal pergerakannya, dengan bahasa-bahasa yang keluar dari mulutnya kekadang mencabar kesabaran saya. Semoga apabila meningat dewasa akan merubahnya menjadi anak yang baik dan mengikut kata ibubapa.
.jpg)
Baju tadika kena tempah lain disebabkan tidak ada saiznya. Mana taknya bila waktu makan dia makan, kang bila abangnya makan Adik akan makan lagi.
Kepala benjol jatuh tunggang basikal, sat aja diamnya lepas tu pantang pagar buka, tahu-tahu je dah meronda.
harap boleh jadi pejuang untuk agama apabila dewasa kelak.
Pergi tengok wayang pun tak senang bila bawa Adik, sebab tak boleh duduk diam.
.jpg)
.jpg)

2 comments:
bile terpandang wajah adik ni teringat kak mie pada keletah nya semasa family day di SSB Ktn dulu..
mungkinkah ada lagi suasana riang gembiran spt itu????
Kak mie
macam tulah perangainya, kena banyak-banyak sabar dengan dia ni kak mie, kekadang tu lintang pukang lebihbanyak dari riang gembiranya
Post a Comment