familay day ni kami adakan di chalet hujung kampung janda baik. Saya dan suami sebagai host.
tempat ni memang seronok, ada sungai untuk mandi manda, hari pertama sampai sahaja terus mandi
keluarga saya yang hadir, (abang hamim, kak searah, hisyam,ayid,fuzah,mohsin,mak kak searah)
(kak sam, ita, zaki , hana, hani, jaim, fadil, fina, ida)( kak nong,abang latif,sikin, fiqry)(kak nim ,abang sauki, tira,kila)(abang aying,kak azah, haikal,mimi, umirah,rafiq)(saya, suami,ibal, imal,kakak dan adik)(Azah, zamani,nurin, dyia,nabil,nelley, bibik)
hari kedua serapan pagi kami beli je, nasi lemak dan kuih muih, sponsar by zaki, budak budak kebuluran selepas mandi manda di sungai
aktiviti malam hari sembayang berjemaan, bacaan yasin dan tahlil untuk semua arwah keluarga kami.
kami sembayang berbumbungkan langit.amat syahdu, lihat Mak dan Bak kami masih lagi bersatu sebagai keluarga.
aktivit petang main-main di padang, sukanneka keluarga, acara orang dewasa masukkan bola.
sukaneka untuk kanak-kanak antarnya isi air dalam botol, seronoknya budak-budak.
mak-mak pulak duduk lepak sambil bercerita, belakang tu dapur. kami bawa makanan dari rumah masing-masing. malam bakar membakar ayam, ikan ,dagaing dan lain-lain
kenapalah laki saya tu, teling je kepala, belakang tu antara chalet yang kami sewa, ada 4 buah semua, tak cukup malam tu ada yang tidur kat khemah.
mandi-manda menjadi aktiviti utama kami , semua keluarga mandi tak kira budak ke orang dewasa
penat mandi main badminton pulak.
macam-macam kami main. memang seronok. ini dia keluarga kami.....













No comments:
Post a Comment