Alhamdullilah selesai lah sudah kenduri kesyukuran duduk rumah baru pada 17 mac lalu, setelah hampir 3 bulan duduk kat rumah tu baru lah tertunai hajat dihati.
mula masak lepas zohor dibantu oleh tukang masak jemputan dari sepang, abang ipar saya abang latif dan rakan-rakan taman. Masakan hari itu terdiri dari nasi berani, ayam berani, daging masak kari, dalca dan acar timun, adik beradik pulak bawa pelbagai kuih muih termasuklah juga rakan setaman yang menghantar kuih dan kerepek.
Majlis dimulakan dengan sembayang magrib,diikuti bacaan yassin, tahlil disambung dengan sembayang isyak dan sembayang hajat. selepas tu barulah makan. Syukur kepada Allah atas rezeki yang diberi dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk mereka yang menghadirkan diri, datangnya mereka membawa rezeki kepada kami sekeluarga. semoga rumah yang kami duduki ini mendapat rahmat dari NYA.



1 comment:
Subhanallah.. dapat mengumpulkan ramai tetamu di rumah baru.. solat maghrib, yaasin, isyap dan hajat... memang berkat seisi rumah..
Post a Comment