Suami biasa saja menyebutnya sebagai contoh kang kalau abah mati bolehlah adik bacakan yassin kalau adik pandai mengaji, tapi pada saya agak janggal untuk menyebutnya atau membicarakannya, walaupun kita waijib meningati mati. saya menyebutnya meninggal duania.
semalam kakak dengan abang ibal bergaduh, dengan marah kakak kata biar abang iqbal mati....aduhai nak terjatuh rasanya jantung saya.saya cakap dengan kakak" setiap kali lepas sembayang mama doakan anak-anak mama panjang umur, jadi anak yang soleh, macam mana kakak boleh cakap macam tu pulak, kakak ingat kalau dah mati tu boleh hidup semula ke macam kartun", senyap je kakak, lepas sepuluh minit kemudian dia datang kat saya sambil menanggis, kakak minta maaf ye mama. aduhai anak-anak.
sejak minggu lepas "ayah man" pengasuh budak2 ni koma disebabkan pembedah pendarahan di kepala, kami sekeluarga setakat ni dah melawatnya 2 kali, budak-budak semuanya sedih.masa ni ayah man masih di icu lagi. semoga ayah man sedar dari komanya dan cepat sembuh.
3 comments:
Salam, Mujur la anak tu cepat faham dan mintak maaf, harap dia akan ingat sampai bila-bila.
Takziah buat keluarga abah man nya, semoga sabar dan sembuh dari penyakitnya itu
Budak-budak mmg mcm tu..mcm mainan kat mulut derang jer..
kena ingatkan selalu kan..
harap-harap macam tulah che mid. kalau dah marah apa-apa yang keluar
zah,itu yang asyik pot pet pot pet je dengan bebudak ni
Post a Comment