Semalam adik ponteng sekolah gara-gara tali lehernya hilang, geramnya....masuk ni dah dua kali ponteng sekaolah hanya kerana tali leher,abah paksa juga pergi sekolah, sampai kat gate sekolah abah kata dah jadi patung cendana sambil menanggis tak nak masuk ke sekolah, apa lagi abah bawa ke sekolah abahlah. seharian duduk kat bilik CNC abah,malam tadi kami beramai-ramai mencari tali leher tu..... akhir nya abah jumpa kat belakang pintu bilik kakak. hah sebagai denda kami paksa adik tidur dengan memakai tali leher...tapi malam tu bila dia dah tidur mama bukalah tali leher tu.
No comments:
Post a Comment