Wednesday, November 24, 2010

hari raya korban

hari raya aidiladha tahun ni beraya dirumah kakak ipar kat lipat kajang,
raya haji ni biasa je sambutannya, terasa raya apabile pergi sembayang raya.

raya kedua emak mertua buat korban untuk anak-anaknya. tak termasuk suami sebab kami dah buat korban 2 tahun sebelum ni. masa tu harga kerbau baru 1600 je, la ni seekor harganya2500. ambil gambar bersama kerbau yang sedang dilapah oleh orang kampung.

semasa kebau disembelih rasa nak pitam tengok darah yang memacut tu, ni baru pertama kali tengok live ni, adik pun takut, kakak je yang berani.

sebelah peha kami ambil untuk buat kenduri pada petangnya. gotong royong bersama jiran.

ni dia chef import dari bentong, suami masak nasi berani bersama lauk sambal perut, daging rendang, dalca, acar dan ikan kering.

anak bongsu mama ,ketua makan, makan je kerjanya. .

No comments: