.jpg)
.jpg)

.jpg)
Sebak rasa setiap kali mengungjungi pusara mak dan Bak, disebabkan rasa rindu pada meraka dapat mengunjungi pusaranya sudah mencukupi, kami hanya mampu mensedekahkan bacaan yassin sahaja. Raya tanpa orang tua seperti ada ruang kosong dalam hati ini.
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
~Usman Awang
~Usman Awang
2 comments:
Wa..aku pon mcm ko gak..
dah xde sape, raya pon dah x sronok.
syahdu nyer nengok... huhuu.. slamat ari raya mbak yu! balek johor kim salam wong kampong yo.. hihi
Post a Comment