Tuesday, September 08, 2009

penguni baru


pintu rumah dah tutup, semua ready nak tido, tetiba bunyi seperti ada ketukan di pintu, bila pintu rumah di buka rupa-rupanya ada seekor kucing, jinak kucing tu mungkin kucing orang tak tahu siapa punya tapi Adik dah mengaku kucing tu dia punya,disediakan lagi tempat tidur untuk kucing tu..

pagi bila kami bangun sahur, kucing tu pun datang kat kami, adik yang biasanya masih tidur tapi pagi tu dia bangun pukul 5:30 terus cari kucingnya.
kucing tu pulak elok je dengan adik, diarahkan duduk kucing tu ikut, macam paham-paham je. pandai pulak bermain, nak kena beli makanannya ni.Nampak gayanya kekallah kucing tu kat rumah kami.
jam 6 pagi adik dah mandi dan siap dengan pakaian tadikanya nak gi sekolah,siap paksa abah untuk hantar ke sekolah tadika pepagi tu nak bawa kucingnya sekali, yang bestnya abah sedang kelam kabut nak siapkan soalan peperiksaan. hari khamis bebudak nak periksa kertas soalan belum siap lagi. Cikgu-cikgu...

No comments: