Thursday, November 20, 2008

BAK YANG SEDANG UZUR

Bak , panggilan untuk satu-satunya orang tua ku yang masih ada, sejak puasa ni keadaannya semangkin uzur, dah kerap keluar- masuk hospital Batu pahat, La ni kat Hospital Selayang semenjak hari isnin 17 nov ini.

Setiap kali memandang Bak ni airmata akan menitis, semalam doktor menyatakan ada sedikit kumpulan darah di dalam otaknya menyebabkan ada kalanya ingatannya terganggu.
Bak, seorang wira bagiku, bila keadaannya seperti sekarang perasaanku amatlah sedih, membesarkan sebelas anak-anak sehinggalah anak-anaknya dapat hidup dengan selesa, sentiasa aktiv tetapi bila sudah tidak berdaya seperti sekarang, sifat memberontaknya amat ketara.
Bila keadaan sekarang aku selalu bertanya pada diri sendiri, Adakah aku telah menjadi anaknya yang baik dan bertanggung jawab melayannya dalam keadaanya yang tidak berdaya ni?.

No comments: