Rasanya lamanya tak update blog ni,
Kepuasan tak tercapai kalau update tanpa gambar, tulah jadiny, harap kat suami untuk uploadkan gambar tak ada perkembangan lagi..... alaihai suami ku....
Minggu ni sambut hari lahir untuk anak sulung dan anak bongsu mama, tarikh lahirnya selang 5 hari je.. biasanya buat party combaine keduanya sekali, kali ni rasa nak sambut kat rumah mak mertua kot , masak serba sikit then panggillah jiran-jiran
hadiah abang iqbal dah belikan sketboard dan hadiah adik motor...... abah belanja KFC hari ahad tu untuk abang iqbal, hari jumaat ni tak tahulah abah nak belanja apa pulak untuk anak bongsu mama...
dah besar anak sulung mama ni, 11 tahun dah, masih terasa lagi macammana rasanya untuk melahirkannya, pengalaman bersalin secara pembedahan di hospital mentakab, lemas dalam perut dan dikejarkan ke IJN kerana masalah jantung, 14 hari lepas tu masuk kat General Hospital....puh!!! bila diingatkan balik........ gerunnya, alhamdullilah panjang umurnya dan harapan mama semoga anak ini terus panjang umurnya untuk berbakti kepada agama ,bangsa dan negara sebagaimana nama yang telah mama berikan MUHAMMAD AMIRIQBAL yang makna Ketua Kejayaan, semoga berjaya di dunia dan akhirat... doa mama selalu mengiringi....
No comments:
Post a Comment